Rabu, 29 Julai 2009

Kepayahan Si Rama-Rama


Satu kisah yg mengungkap satu rahsia rama-rama.
Pada suatu ketika, seorng saintis melihat kepompong rama2 di laman rumahnya.Kepompong itu b'gerak2 dan saintis tahu yg anak rama2 pasti keluar dari kepompong itu.Dia melihat kejadian alam ini dengan penuh minat.


Saintis tadi mendapati rama2 yg b'ada di dalam kepompong itu m'hadapi kesukaran utk keluar dr kerana hanya terdapat satu lubang kecil di hujung kepompong.Maka, saintis tadi memotong sedikit kepompong itu bg memudahkan si rama2 keluar.
Akhirnya rama2 pun dpt keluar dgn mudah. Namun, setelah beberapa ketika,saintis itu mendapati rama2 tersebut tidak dapat terbang kerana sayapnya tidak kuat,tetapi hanya dapat merangkak.


Melihat peristiwa ini, saintis itu mula paham bhw pergelutan si rama2 melalui lubang kecil itulah yg memberi upaya kpdnya bg menguatkan kepaknya.Proses melalui lubang yg sempit itu sebenarnya membolehkan bendalir dipam ke kepak rama2 dan menjadikannya kuat serta mampu utk terbang.


Pengajarannya : Bagi seseorang menjadi kuat secara dalaman dan luaran, perlu melalui ujian dan dugaan hidup serta berjuanglah sehingga berjaya.

Cari Blog Ini