Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Selasa, 29 September 2009

Kisah Berlalu, Jiwa berpadu.


MEMALI BUMI SYUHADA'

    



Ibrahim Libya
Sumber: Memali  
18 November 1985
Jam 1935    
Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani ,Kedah ; seramai 3600 kekuatan pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang ,dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan.Kebanyakan mereka bukan beragama Islam .
 

Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman , Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai Ops Hapus ini dengan bantuan beberapa pegawai dari Pulau Pinang , Kedah dan Perlis


Jam 1945      
Dato ' Yahya Yeop mengeluarkan arahan iaitu :
                    
'Menyerang hendap satu kem komunis dlm daerah Baling yang terletak berhampiran  sempadan Thailand.'

Jam 2005      
Berlaku kekecohan di antara para pegawai di kem Sg.Petani dgn pegawai dari Bkt.Aman di bilik operasi Sg.Petani. Kekecuhan ini disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai dari kem Sg.Petani terhadap arahan tersebut krn sepanjang pengetahuan mereka tidak wujud sebarang kem komunis di daerah Baling. Jika benar kem itu wujud, sudah tentu mereka PPH lebih dahulu mengetahuinya.

Namun, menurut mereka arahan tersebut adalah palsu krn tempat sasaran mereka itu adalah kepada ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya tempat beliau menyampaikan kuliah setiap malam. Malah PPH kem Sg.Petani itu turut menjelaskan bhw ustaz Ibrahim Mahmud adalah seorang tokoh ulamak yg disegani.Ramai di kalangan anggota PPH kem sg.Petani turut mengikuti pengajian bersama Beliau.


Akibatnya, sedikit kekecohan telah berlaku di Bkt.Aman kerana Penolong Pesuruh JayaPolis Bkt.Aman gagal dihubungi beberapa kali. Setelah beberapa panggilan lain dibuat,akhirnya pihak di Sg.Petani telah berjaya disambungkan dgn Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika itu ,Dato' Musa Hitam yg juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ulamak yg  disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf hidup masyarakat.

Namun TPM menegaskan supaya Ops Hapus (Beliau sendiri yang menamakannya sedemikian) tetap diteruskan.


Jam 2045      
Satu majlis keraian telah diadakan di dataran terbuka kem PPH.Minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi.Namun ada sebahagian daripada anggota PPh tidak menyentuh minuman tersebut.


Jam 2147       
Dato' Yahya Yeop selaku pegawai Pemerintah Ops Hapus Telah menerima mesej daripada wayarless menyatakan 10 perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan laporan keadaan disana. Semua unit kemudiannya telah bergerak dibawah pimpinan 8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai. Ketika ini PPH Sg.Petani telah mula tidak berminat untuk menyertai Ops Hapus ini.

Ketika itu Ustaz Ibrahim sedang menyampaikan kuliah seperti biasa untuk lebih 50 orang yang mengikuti pengajiannya dan berlanjutan sehingga pukul 11.45 malam. Ada yang pulang ke rumah dan ada yang brmalam di madrasah.


Jam 0000      
Arahan terakhir telah diterima. Namun PPH Sg.Petani mencadangkan agar hanya sekatan sahaja yg dilakukan agar Ustaz IBrahim Mahmud dan pengikutnya berpeluang menyerah diri. Mereka menganggarkan bahawa kepungan itu akan mengambil masa paling lama 3 bulan.

Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bkt.Aman dgn sokongan OCPD Baling. Mereka Menganggap Strategi itu akan melibatkan pihak polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik dan Baling, sempadan Malaysia Thailand.


Sekali lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera menyokong gerakan Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan. TPM cuba dihubungi ketika ini namun gagal kerana beliau telah menuju ke seuah hotel di KL. Ketika itu juga, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato; Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.


Kemudian TPM telah menghubungi mereka dengan suara yang marah dan agak terganggu
beliau telah berkata :
'Teruskan Ops Hapus walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah !'

Pada waktu yang sama, seorang pemuda telah memberhentikan motosikalnya di hadapan rumah Ust.Ibrahim. Setelah diizinkan, dia masuk ke rumah Ust,Ibrahim dan memaklumkan bahawa sewaktu dia tiba di pekan Baling, dia telah melihat sekumpulan polis yang begitu ramai di sana.


Lalu Ust.Ibrahim dikejutkan dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di madrasah telah diarahkan Ust.Ibrahim untuk bersiap sedia mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak, parang, buluh runcing, pisau dan yang lebih berani lagi telah membuat molotov cocktail.

Ust.Ibrahim juga menegaskan ketika itu bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ust.Ibrahim kemudiannya mengarahkan pengikut pengikutnya berwudhuk di sebuah telaga berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat, hajat serta membaca surah yasin. setelah itu beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan :

Beliau lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan malah menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme.Sekiranya perintah tahanannya di bawah akta lain, beliau akan keluar menyerah.Tapi mestilah dibicarakan di mahkamah.

Beliau berkata lagi kepada para pengikutnya, sesiapa yang ragu2 boleh keluar dari kawasan itu namun kesemua yang ada pada malam itu tidak beralih dari tempat mereka.

Laungan takbir bergema dan memecah keheningan malam itu.Ketika itu pula di IPD Baling, segala persiapan serangan ke atas Kpg.Memali semakin rancak dilakukan terutamanya anggota-anggota polis yang telah mabuk.


19 November 1985


Jam 0100      
3600 anggota polis dari pelbagai unit tiba di Memali dengan senjata automatik dan diiringi 2 buah kereta perisai mula mengepung Kg.Memali. Ketika itu TPM masih lagi di hotel kerana beliau tidak dapat dihubungi. Segala urusan komunikasi dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.


Kebanyakan anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Manakala pasukan polis dari Sg.Petani kecil bilangannya dan masih lagi samar dengan tugasan mereka.


Jam 0300      
Kpg.Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis dan semua jalan keluar masuk telah ditutup. PPH Sg.Petani telah diarahkan mengepung bahagian selatan manakala FRU dan SB telah mengepung bahagian utara serta Komando 69 mengepung sebalah belakang rumah Ust.Ibrahim yang juga merupakan sekolah agamanya.


Jam 0336      
Dato Yahya Yeop telah bercakap melalui megafon dan meminta supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri . Ustaz Ibrahim berbincang dengan murid-muridnya lalu mereka semua bersepakat untuk tidak akan keluar menyerah diri . Kesemuanya telah siap-sedia untuk mati syahid dan mereka bertakbir sekali lagi .


Jam 0400     
Sekumpulan orang kampung termasuk wanita telah muncul dari arah utara . Mereka telah meredah benteng pertahanan anggota polis dan membawa bersama peralatan yang sering mereka gunakan untuk bertani sebagai senjata . Mereka ingin memasuki rumah Ust. Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan .


Ketika itu , komando 69 yang masih mabuk telah melepaskan tembakan secara rambang  ke arah mereka . Namun sasarannya tersalah lalu mengenai seorang pegawai kanan ,  seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH . Manakala orang-orang kampung tadi telah berpatah balik kerana ketakutan .
 
Satu perundingan tergempar antara pegawai-pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan ketegangan sesama mereka sendiri akibat tembakan tersebut . Arahan mengepung rumah Ust. Ibrahim itu masih lagi berkuat kuasa namun pegawai dari IPD Alor Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus tersebut dan mahu supaya kepungan dibatalkan . Mereka telah mengambil iktibar dari kemalangan yang menimpa rakan-rakan mereka tadi . 

Dato’ Yahya Yeop telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan mengarahkan agar kepungan diteruskan .


Jam 0521     
Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim . Laungan azan itu menjentik hati para anggota polis dari Alor Setar . Mereka semakin tawar hati malah mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini .


Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimami Solat Subuh itu semakin sayu . Tiba-tiba seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu namun arahannya ditentang oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam .


Jam 0559     
Solat Subuh selesai . Sekumpulan orang kampung muncul lagi lalu menyerbu masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir dan menggenggam senjata kampung.


Melihatkan reaksi itu maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan orang kampung . Mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia . Keadaan semakin cerah dan ini semakin mendedahkan kejijikan perancangnya . Ini dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin-pemimpin Islam sebelum Ops Hapus ini .


Jam 0815     
Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri maka Dato’ Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan 2 buah kereta perisai mula menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud . Mereka kemudiannya dihalang oleh pengikut-pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail .


Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik . Pada waktu yang sama , 4 wanita dan 3 kanak-kanak telah berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim .Mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing .


Tembakan daripada pihak polis masih lagi berterusan dan mereka sambutnya
dengan laungan takbir .


Jam 1105     
Komando 69 diarahkan untuk menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud . Pasukan polis mula melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah rumah Ustaz Ibrahim .Mereka menghadapinya dengan kain basah atau membasuh muka malah ada juga yang menutup dengan guni basah . Selain itu ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu .


Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit melainkan beberapa kanak-kanak. Salah seorang kanak-kanak itu telah pengsan dan mulutnya berbuih-buih . Cikgu Syafie Ali , salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu lalu dengan parang yang terhunus beliau telah pergi untuk menyerang polis .


Namun beliau telah dihujani dengan peluru dan terus ditembak ketika beliau berusaha untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak . Maka gugurlah beliau sebagai "Syuhada" pertama Memali .Serangan gas telah reda . Kemudian kedengaran lagi suara dari Dato’ Yahya Yeop dari megafon dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang . Ketika itu , salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim ; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato’ Yahya Yeop .


Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri .Memandangkan kepada ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah .Pak Teh tampil berjumpa Dato’ Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai  manakala dia sendiri  berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim .


Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang syahid ditembak pihak polis . Dato’ Yahya Yeop terdiam seketika namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ . Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ .


Dato’ Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah diri . Setelah berulang-alik antara Ust. Ibrahim dan Dato’ Yahya akhirnya Pak Teh masuk semula . Namun semasa melewati kumpulan Muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar , beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah.


Ketika itu , beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman dan tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus .
 
Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu namun kemudian beliau dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan takbir .


Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16 . Setelah Ops Hapus , beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari . Kemudiannya ,beliau dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA .


Jam 1136     
Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru . Berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga . Ada juga ahli rumah yang keluar untuk  berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah . Polis terus menembak mereka mereka walaupun mereka tidak bersenjata .


Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam , hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat . Hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada . Ramai yang mati dan ada juga yang cedera teruk .


Beberapa anggota komando telah menyerang Ustaz Ibrahim dan beliau melawan sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka terbunuh . Akhirnya beliau syahid apabila  badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik .

Ustaz Ibrahim gugur dengan dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan Allahu Akbar !
                      
Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya . Ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim datang . Di saat itu mereka mendengar Ust. Ibrahim berkata :


Alhamdulillah ! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati syahid .
  



                                                                       Antara yang Syahid


Jam 1213     
Serangan telah ditamatkan . Semua yang ditangkap telah ditutup kepala mereka dengan karung guni . Beberapa anggota komando kelihatan menendang tubuh-tubuh yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak. Ada pula yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh :


                                           'Pergi jahanam dengan Islam !'

Jam 1305     
Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah membuat laporan rasmi kepada Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dan kepada TPM di Kuala Lumpur . TPM mengarahkan agar semua penduduk Kg. Memali ditangkap agar rahsia Ops Hapus tidak terdedah.


Jam 1500     
Penangkapan penduduk kampung diteruskan dan dibawa dengan 2 buah helikopter polis .Mangsa yang terkorban di kalangan orang kampung termasuk Ust. Ibrahim dan anggota polis di bawa ke Hospital Sg. Petani dan Alor Setar .


Jam 1510     
Sekitar 30 anggota tentera lengkap bersenjata dari Regimen Askar Melayu Di-Raja ( RAMD ) tiba di hadapan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud .
Berlaku pertelagahan antara anggota polis dengan ketua pasukan tentera itu yang berpangkat Kapten . Mereka menyuruh agar anggota polis yang ramai itu bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan bertempur dengan pihak tentera .


Menyedari bilangan mereka sedikit maka pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan itu . Lantas Kapten itu berkata :  'Hari ini hari kamu ! Kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu . Tapi ingat , akan tiba satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara !'

Tidak lama selepas Tragedi Memali ini , soal-siasat secara besar-besaran telah dijalankan ke atas semua anggota tentera dan polis. Kebanyakan yang dipanggil adalah mereka yang cenderung kepada gerakan Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) .Mereka juga mendapat tahu akan kewujudan pembekuan kenaikan pangkat terhadap mereka . Lalu ramai yang meletakkan jawatan .
 
  •  KES MEMALI TIDAK PERNAH DIBICARAKAN WALAU SEMINIT PUN DI MAHKAMAH AKAN TETAPI BERTERUSAN DITANGGUHKAN SAHAJA !
P/S  JIKA TERDAPAT SITUASI YG TIDAK TEPAT, PERBETULKANLAH DGN BERHEMAH DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH.MOGA KITA DPT TERUS DIKURNIAKAN SEMANGAT CINTAKAN ALLAH.


Jumaat, 28 Ogos 2009

Fakta Tersirat Dalam Menuntut Kemerdekaan




Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu...

Usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan semata- mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu? Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?

Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan membakar api kemerdekaan.

Ini bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah.Umno bukan pelopor kemerdekaan. Umno ditubuhkan untuk menentang
pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan.

Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini. Bukannya seperti yag diwar-warkan,
Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan
mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.


Bila Umno muncul dalam catatan
sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?


Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika ini adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah. Penjajah mengetengahkan Umno sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah.

Mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol
dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?

Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yang tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.

Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita
tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran
penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah
diperkenalkan dan macam-macam lagi.

Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat
berjalan.


Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan. Ini kerana Umno yang
diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek. Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya.


Adakah kita kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula- mula melaungkan kalimah ?merdeka? kepada rakyat untuk mengnyahkan penjajah ketika itu.
Satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor yang mendakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.Bagaimana beliau membentuk jaringan dari sini hingga
idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.

Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Sebenarnya, Ibrahim Yaakoblah patut dinobatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.
Kita mesti sedar bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan. Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main.

Isnin, 3 Ogos 2009

PEJUANG ISLAM



UMAR BIN ABDUL AZIZ

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam

Nama Ibu : Laila binti ‘Asim bin Umar bin Al-Khatab

T/Lahir : 61H

Umur : 39 tahun

Tarikh M/Dunia : 101H

Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah

Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M

Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan


Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)


Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

“Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.”

“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”

“Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.”

“Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin”.

“Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.”

“Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.

4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”

5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”

6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”

7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”



Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya…..

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan….

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat…........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini….hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas…..

Cari Blog Ini