Ahad, 25 November 2012

dari bro hakim najili


5 Golongan Kefahaman & Kepercayaan Tentang Kewangan & Kekayaan Harta.

1. Semalam masa saya post berkenaan tajuk 'Tukar Konsep', mentor elmu pemasaran & human development negara DrAzizan Osman telah menghuraikan dengan panjang lebar dalam ruangan komen.

2. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk meg'up'kan kembali huraian berkenaan. Ianya adalah kewajipan bagi saya untuk menyebarkannya kembali k
epada rakan2 sekalian kerana tersirat suatu nilai tentang salah faham berkenaan erti duit dan kekayaan yang selama ini ditanam di sekolah ataupun di universiti. Bermula dari barisan bawah ini sehingga point no.7 adalah daripada beliau dan sy perkemaskan kembali mengikut style penulisan saya.

Golongan No.1
> Golongan ini hanya nampak kaya adalah dalam bentuk material seperti duit, rumah, tanah, emas dan sewaktu dengannya. Golongan ini mengumpul dan terus mengumpul harta yang ada sehinggakan mereka sendiri pun tak mampu nak habiskan dalam zaman mereka mahupun sehingga 7 keturunan.
> Golongan ini tidak rasa perlu berzakat atau bersedakah kerana mereka tidak rasa ianya adalah suatu keperluan dan tak perlu pun buat begitu. Golongan ini berasa yang orang miskin dan pokai sebab katanya orang-orang ini adalah orang yang pemalas.
> Golongan No.1 ini percaya siapa nak duit kena usaha sendiri tanpa bantuan orang lain. Nak buat madrasah ker, sekolah agama ker itu adalah masalah mereka. Golongan ini adalah bersamaan dengan sikap Qorun.

Golongan No. 2
> Golongan yang membenci kekayaan kerana kata mereka kaya buat mereka lupa kepada Allah seperti Qorun sebenar dan Qorun moden. Golongan ini tidak miskin tapi tidak berduit. Ada gaji tapi selalu habis.
> Golongan ini kerja siang dan malam tapi pokai dan golongan ini tetap berkata kaya itu buat manusia lalai, tapi diorang sendiri pun pokai sebab lalai.
> Golongan ini bekerja untuk bayar hutang untuk beli rumah , kereta, tidak kaya dalam erti kata kebebasan kewangan dan percaya yang kaya itu tak bagus dan buat orang lupa diri sedangkan mereka sendiri sedang lupa diri dan tuhan. Bekerja siang malam mengejar harta sehingga solat pun laju2, dan selalu tersangkut dalam trafik jem sehingga tak solat maghrib. Bukankah golongan yang berpendapat begini juga sebenarnya sedang lupa diri dan ALLAH?

Golongan No. 3
> Golongan yang berpendapat tak payah kerja kuat-kuat sangat, biasa-biasa jer sudah, buat bisnes pun tak payah besar-besar dan tak perlu banyak duit. Golongan ini berkata tak perlu kaya pun kerana duit tak boleh bawak masuk kubur. Tetapi bila habis ceramah, golongan ini juga yang dapat "salam kaut" yang banyak.
> Diorang kata umat islam tak perlu banyak harta, diorang guna contoh Nabi SAW tidur atas pelepah tamar, dan hidup miskin
> Beb, Nabi SAW dan sahabat bukan tak kaya, tapi diorang nie semua kaya raya gila beb. Tetapi diorang mengINFAKan kesemua harta benda mereka ke jalan ALLAH sehingga kita dapat menikmati Nur Islam pada hari ini. Nabi SAW dan sahabat2 yang MEMILIH UNTUK HIDUP MISKIN BUKAN DIORANG NIE MISKIN.
> Sahabat-sahabat Nabi nie semua terdiri daripada pakar2 perniagaan yang berniaga gila-gila dan gunakan hasil yang diorang dapat untuk dibagi keseluruhannya ke jalan perjuangan islam dan dalam rukun islam yang ke-4 ada disebut pasal zakat kan? Pecahan zakat tue ada lagi zakat pendapatan, perniagaan, emas, saham, kwsp, pertanian. Maknanya dalam rukun islam yang ke-4 tue memang ALLAH suruh kita jadi kaya beb, tak kaya macam mana nak bagi zakat?

Golongan No. 4
> Ini adalah seperti para sahabat, berniaga untuk kepentingan agama Islam. Golongan ini mungkin tak pakai Jubah & Serban tetapi mereka inilah nadi sebenar yang membantu pembinaan banyak masjid dan pusat pengajian ilmu dunia dan akhirat.
> Golongan ini bermatlamat syahid dengan harta mereka. Berniaga sebagai senjata dan tools utama dalam perjuangan mereka.

Golongan No. 5
> Golongan ini diorang sendiri pun tak tahu kenapa diorang hidup. Hidup untuk habiskan sisa kehidupan dengan kata lain hidup untuk tunggu meninggal. Diorang tak kesah pun kenapa diorang lahir dan mana diorang nak pergi. Janji perut terisi, takder duit boleh pinjam.
> Diorang nak jadi kaya, tapi tahu entah takdir mereka jadi kaya itu memihak pada mereka atau bukan.
> Nak jadik miskin diorang tak nak tapi mereka beranggapan, "its oke takper, keturunan aku pun dah mmg macam nie". Ada juga golongan ini yang ingat padaNya dan ramai juga yang lupa padaNya.

3. Golongan manakah kita? Mengikut pendapat DAO, di mana satu pilihan kita itu tak penting, ikut ilmu dan fahaman masing2. Yang pertama dalam hidup adalah kenal diri sendiri dan kenal siapa yang menciptakan kita dalam erti kata kehafaman yang sebenar bukan sekadar tahu yang kita nie dicipta oleh ALLAH, tetapi FAHAM kenapa ALLAH menurunkan kita di bumi ini.

4. Apabila kita tidak mengenalNya ditakuti kita mensyirikkanNya sama ada secara sedar ataupun tidak. Tidak kenal siapa ALLAH, mana ALLAH, dan apa ALLAH. Fahamkan diri dan perkasakan ilmu mengenali ALLAH, Tuhan sekalian alam yang memiliki kesemua apa yang ada di langit dan bumi. (rujuk tafsir ayat qursi). Hatta seketul batu, sehelai daun, selembar benang, semuanya adalah makhluk ALLAH. Sebab itu dalam kitab tauhid disebut, Awaluddin Makriftullah. Seawal agama mengenal ALLAH. Bila kita sudah kenal siapa Dia, kita buatlah apa sahaja, asalkan tidak melanggar hukumNya sebab sewaktu itu apa sahaja yang kita buat sudah jelas dan yakin haqqul yakin serta kamalul yakin yang kita buat semua adalah keranaNya.

5. Kehamaan kita ini tidak dapat dinilai oleh orang luar atau yang lain dari kita. Bila kita kenal siapa owner sebenar di langit dan bumi. Dia berhak beri apa yang DIA suka kepada kita selagi kita ikut perintahNya. Dia boleh dan akan beri apa sahaja yang kita mahu atau suka bila kita kenal Dia dan kita kasihi Dia dan Dia kasihi kita. Sama ada Dia nak beri hikmah atau nak positionkan kita di dunia ini dari segi ilmuan, hartawan yang dermawan, atau apa sahaja bahawa ketahuilah itu semua adalah di bawah aturanNya. Jadi kita ini sebagai hamba, kita perlu mintalah apa yang kita mahu, soal approve atau tidak itu bukan kerja kita, itu kerja Dia. Kerja kita hanya perlu MEMINTA dan BERUSAHA. Jika Dia nak bagi pasti Dia akan lorongkan jalan.

6. Jadi jika sudah faham semua itu, isu kaya bagus, atau miskin bagus tidak akan timbul. Kita akan buat sesuatu ikut ilmu yang ada di dada dan apa yang Dia inzinkan.

7. Kekayaan hanya akan bermula dengan kaya jiwa, kaya hati, dan kaya iman. Ia hanya akan timbul setelah kita mempunyai kekayaan ilmu dan minda. Bila kita kaya jiwa, hati, iman, ilmu, dan minda serta amalan, ia akan membawa kepada kaya dengan kebahagian dan keberkatan. Jika kekayaan di dunia yang kita cari ada baiknya ia bersandarkan dengan ilmu yang kita ada. Jika kaya akhirat yang dikejar, juga biarlah bersandarkan dengan ilmu. Jika kaya dunia akhirat yang dikehendaki, ia hanya akan berlaku bila berilmu serta dengan izinNya.

Walauapapun yang paling penting sekali adalah

"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain"

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini